Thursday, 30 May 2013

Pelangi dalam petir.

Salam readers.

'Amanina?'
43 ustazah
'ha? ulang balik?'
EMPAT PULUH TIGA.

yeh. Angka 43 per seratus. Untuk agama kertas satu. Dalam satu section aku berjaya memperoleh 1 markah per 20 sahaja.

Maknanya aku bodoh.
Dungu
Bebal

Inilah indikator segala.
Satu kelas menyaksikan segala.
Judgemet diam senyap dalam kepala

Aku dengar.
Aku rasa.
Aku sedar.

Yang penting, aku sedar. Ini turning point.
Untuk mengubah segala

Well. Aku berpengalaman.

Monday, 6 May 2013

Terselit

Petang tu, aku beli nasi lemak bungkus surat khabar "BN lebih bersedia kali ini" . Lepastu ada mesej masuk. "Support Better Nation". Aku dah habis sumpah, kalau celaka macam ni keluar lagi, memang hilang ayu perempuan aku. "Undi BN di Johor. Aman sejahtera Johor" Celaka, sejak bila aku duduk Johor. Aku dah takleh nak buat apa dah. Aku tak layak nak mengundi. Jangan bazir duit hantar mesej bagai ni lagi. Tetibe ayam terselit kat gigi. Akhbar Utusan hari ini. "Apa lagi cina nak?"


Saturday, 4 May 2013

Terkebil dalam kabus.

Somehow, kalau aku bagi salam pun, belum tentu anda semua jawab bukan? Mungkin dengan menulis sebegini anda semua akan menjawab dan berkata betapa sengajanya aku buat begini . Jadi, aku kisah apa?
So, assalamualaikum pembaca pembaca sekalian!

Baiklah. Sejujurnya beberapa jam yang lalu, aku langsung tidak tidur. Bermain ini dan itu dan ini, akhirnya aku terperangkap dalam sebuah laman web yang aku memang tahu dia hanya mengkomersialkan sesuatu tersiratnya. Oh, tak. Bukan laman web porno yang mengkomersialkan kondom power dan sebagainya. Ini hanya laman web nerd yang menyuruh aku menjawab soalan kuiz kerjaya.
Wahh, so hebat sia.

Jadi, setelah aku menjawab soalan yang sememangnya  20 peratus aku tidak akan jujur kerana aku rasa diri aku tidak 'begitu' walhal aku memang 'sebegitu', jawapan yang diberikan ialah aku seorang penulis.

Dan tidak semena-mena aksara fuck dilancarkan melalui mulut. Astaghfirullahulazim. Tapi some how, aku rasa perkataan fuck ini telah menjadi cliche or mainstream or whatever you call it, untuk kita mengekspresikan perasaan 'yeah!' , 'ala' , 'asal lak?' dan sebagainya. PERASAAN ITU SUBJEKTIF. Dan kalau kau cuba menspesifikasikannya sekalipun, maka, banyaklah cabang terbentuk. Sebagai contoh. SEDIH. Sedih boleh jadi kau hampa. Boleh jadi kau kecewa. Boleh jadi kau berat hati. Dan sebagainya.

Jadi berbalik ke tajuk utama, penulis. Aku ambil jurusan aliran teknikal untuk SPM, dan aku hanya sesuai jadi penulis? Apa aku ni tak layak ke jadi Menteri Kebajikan Masyarakat ke, CEO syarikat Herbal Life ke, penyelidik forensik ke? Oh bukan. Aku akui aku kurang pemahaman serta minat mahupun cenderung kepada subjek Matematik, Kimia, Fizik, Biologi, Teknologi Kejuruteraan and the others.' Aku rasa sistem pendidikan sedikit celaka.'

But somehow  bila aku fikir balik, Life is about the judgement of peoples. If you cant perform the best, maksudnya kau bodoh serta diklasifikasikan sebegini. 'Ala dia bukan pandai sangat pun. Ranking pun hundred lebih.' , 'Dia punya nombor bawah satu dari aku. So aku lagi cerdik daripada dia.' and bla bla bla. Kalau nak tau, aku jenis yang bila ada satu situation, aku akan fikirkan others opinion. Sometimes aku boleh jadi sangat pessimistik dan selalunya aku akan optimistik. Macaam nipu je. LOL

Jadi, aku rasa kerjaya penulis sangat ideal bagi aku. Aku boleh jadi medical journalist, or technical writer. Best apa. Aku boleh ke sana sini , menjelajah around the world. i could be fame, although aku tak berapa nak suka femes femes ni. Soal duit, banyak mana kreativiti kau, banyak tulah gaji kau dapat and the most best sekali, aku mampu menjadi perempuan yang berkerjaya walaupun dah berkahwin. Its suit me. So how about a try kan?