Wednesday, 13 April 2016

Apa dah jadi?

Salam readers
Lama gila tak nulis blog. Awkward nyer. Hm. Bye la

Sunday, 11 May 2014

Syukur AP243 :D

Salam reader,
Maka keluarlah result UPU, dan alhamdulillah aku bejaya dittempatkan di kampus Sri Iskandar Perak dengan jurusan senibina peringkat Sarjana Muda.

Alhamdulillah selepas ini mungkin entri entri blog ni aku berbau semangat pelajar archi yang add math dia kantoi masa spm. K.

Well honestly, aku tak kisah pun tak pi oversea. Like we're still 18 guys. And instead ada harapan nak pi UIA or UM i dont mind. Lepas aku bertelagah dengan mak ayah aku pasal tempat nak ke uni ni kualiti dia, aku cermin balik diri. Masa kat sekolah dulu pun aku hidup dalam persaingan. Semua tempat bersaing, kesengitan dia je berbeza. And uh well honestly aku tak suka bersaing terlalu sengit. Macam takda pedoman kengkadang. Aku pudarkan bakat yang tuhan amanahkan. Aku kejar pencapaian. Kesempurnaan. Yet, walaupun ia berguna untuk aku jadi lagi berdisiplin, aku sedar.. everyone ada limit.

Perlu ke menjadi yang terbaik? Kalau lah sistem pembelajaran kat malaysia kita samakan dengan haiwan sebagai pelajar.. ibarat siapa panjat pokok dia yang pandai then dapat anugerah blablabla, kau rasa ikan boleh panjat pokok ke?
......................................
Jadi apa nasib seekor ikan tu?

Sapa nak bela dia?

Jadi buatlah pilhan yang bijak. Kalau kita pandai berenang, buat apa nak masuk The Band Astro?

Kalau muka tak hensem boleh dapat awek lawa bro. Kalau result tak cantik, masa depan mana tau lagi cantik.

Orang kata rezeki tu kat memane. Tapi selagi ada hayat, cari mana rezeki tu menyorok. Tu hak kita. Tuhan dah kurniakan. Buat apa nak diamkan?

Jadi ke Perak ke kita. And tak sabar nak kenal ragam budaak archi yaw. Hidup baru lah ni Tapi yang ini.... nak daftar 1.September. Harini baru 11.Mei ......

Hahahaha so apa kata kita kerja dulu? Kan? Hehehe

 

Tuesday, 29 April 2014

Pengalaman temuduga Sarjana Muda Sains Seni Bina (AP243) di UiTM Lendu 2014

Salam readers.

Untuk entri kali ini penulis berasa teruja sikit, walaupun interview UiTM ni zaman pak kadok punya kan.

Okay, penulis memang dah jangka memang akan dapat kos ni. Jadi taklah teruja sangat masa dapat panggilan temuduga. Ya penulis tengah riak sekarang. Cuma terkejut bila dapat panggilan ke UPNM. Tpi banyak sangat prosedur so ceritanya tak pergilah interview tu kahkahkah

Okay basically ada dua ye DUA prosiding temuduga tu.

Ujian melukis.

Ujian ni senang je wak doyok.Yang susahnya bila kau datang lambat and nanti bebudak interview landskap pebende tuh yang patutnya ujian pukul 10 masuk dulu. Dahlah pihak pengurusan ni ubah bilik. So ALERT! ingat kos aok tu, AP243! Nasib baik ada pakcik guard baik hati bitau yang kos FSPU ni kena pi bilik bawah. Jadinya aku yang sepatutnya masuk bilik nak lukis benda sfera kuboid bagai tu kena masuk pukul 9, dah kena masuk pukul 10. Habis melukis pukul 11. Ha, jangan lupa bawak pensil pelbagai gred *2B wajib. Pemadam berkualiti, TISU! *shading guna teknik gosokan paling mudah yet CANTIK! , tak payah bwak barang LK sakai!, and last sekali PEN, melukis dengan hati kalau boleh bawak mp dengar lagu ambik feel masa lukis tu amboi.

Ujian lisan

Ujian ni menjadi mudah kalau kau datang awal dan tak tersilap bilik ye adik adik. Dia nak panggil nama random je. So tunggu jelah depan pintu bilik tu. Tak pun ambik kerusi, kau buat data 2 hinggit tu sambil tu baca artikel menarik ke, ws ke wc ke twitter ke baca artikel architercture tu ke. Apa apa je, sebab menunggu tu membuang masa. Multi-task lah, kita kan bakal arkitek. Eh? Hahaha

Cuma

1. Get to know yourself.
Kalau ada sijil sukan contohnya hoki. Ingat balik camne position dia bagai. Jangan jadi cam aku tetbe lupa aku position apa. Aku lupa yang aku ni pemain simpanan untuk Keeper. Betapa losernya aku. Aku pi cakap aku ni last men. Memanglah aku last men, but time latihan je adoyai. Dan dan interviewer tu pemain hoki jugak peh.
'Last man? Itu nama acah acah. Nama teknikal dia apa?' - Pn Noraini

2. This architecture thing is unexpectable.
Banyak betui artikel aku baca pasal arkitekture ni tapi masalahnya aku tak ingat apa bangunan tertinggi dunia wadefak! Burj Khalifa ye jawapan dia. Nasib baik aku tak taram fuhh secara jujurnya aku menggeleng kepala sambil senyum. Muka maintain lagi time tu nak kekalkan confidence wan aok.

Ish malas pulak aku nak senaraikan. Gini jelah kronologi dia.

Penulis (P): Assalamualaikum puan *angguk kepala, senyum, salam dan duduk *patutnya kena duduk bila diarahkan kahkah sukahati nenek akulah. 
Interviewer (I) : Waalaikumussalam ye, cik Amanina. *sangat ramah 
(P) : Ye saya puan. *ish ramah gila cikpuan interviewer ni doh. 
(I) : Ada sediakan salinan dokumen yang diperlukan? *senyum 
(P): Ni dia puan *asal tak speaking dengan aku cikpuan ni 
(I) : So Amanina........ *tengok result aku* .. Kenapa achitecture? 
(P) : .....aaa.*lupa skrip asal* Saya amat meminati bidang ini sejak kecil lagi dan saya yakin maasa depan karier saya dalam bidang arkitektur mampu membawa perubahan kepada MALAYSIA dalam bidang arkitekture ini, puan. *Ini dari hati. adoyai, apahal dia taknak speaking dengan aku ni.. dahla skrip aku semua english* 
(I) : Jadi kalau saya tukarkan kos cik Amanina ke kos lain bagaimana? 
(P) : Taknak...! *cb asal aku garang sangat ni* 
(I) : Amboi garangnya. Kenapa cik Amanina masih inginkan kos ini? 
(P) : Saya sendiri sudahpun menetapkan perancangan hala tuju masa depan jangka masa panjang dalam hidup saya. *masa ni aku gagap, sowhat?* 
(I) : Okay boleh ceritakan apa pelan jangka panjang awak? 
(P) : Sekiranya saya berpeluang mendapat kos ini, selama 4 tahun saya akan berusaha mendapatkan CGPA 3.75 ke atas dan meneruskan pengajian saya in Master of Architecture part 2 di Australia. *lepasni mesti dia tanya aku kenapa kat australia kehkehkeh.**gebang betul pointer 3.75 above lahanat betui* 
(I) : Ambil Master, bagus. Saya ada Master :) 
(P) : ..WAW.. * idola kuuuuu :* *   
(I) : Baik cik Amanina, tidur pukul berapa  
(P) : Tidur lambat puan. Paling lambat pukul 5 pagi. Biasa pukul 1-2 pagi. Pukul 12.59 paling awal. *Kahkah aku ni lawak orangnya**tolong jangan tanya aku bangun pukul berapa please cikpuan yang baik hati* 
(I) : Awak aaktif bersukan? 
(P) : Saya pernah mewakili negeri dalam sukan hoki.  
(I) : Saya pun main hoki. Awak main position apa? 
(P) : ........................................................................................................ last man. 
(I) : Last man? Itu nama acah acah. Nama teknikal dia apa? 
(P) : ........................................................................................................................... 
(I) : Full backward lah,  hahahaha 
(P) : Ha... *aku keeper simpanan, baru ingat!* *takkan nak cakap sekarang?* *cis cis cis* 
(I) : Baiklah Amanina, awak suka minum kopi? 
(P) : Favourite. White coffee. Minuman kegemaran masa di asrama dulu puan. 
(I) : Hm baiklah, kalau macamtu jangan lupa tegur saya masa kat perak nanti ye. 
(P) : *waderrrrfaaarrkk* 
(I) : Okay Amanina? 
(P) : Baik puan. Boleh saya tahu nama puan? 
(I) : Puan Noraini. 
(P) : Terima kasih puan Noraini

*keluar dengan senyuman
*semua orang pandang
sowhat?
nak mampus cepat? #Pantun 

jajajahahahjajahaja!

Cause im happy, clap along if you feel like a room without the roof



Tapi taktau ah tetibe aku tak dapat masuk kan. Dia acah acah je sebab aku banyak bergurau dengan dia.
p/s : Kerja kursus LK tak membantu pungs

Wednesday, 22 January 2014

18

Salam readers.

Jangan bercinta masa umur 18.
Ada matlamat masa umur 18.
Ada iman yang mapan masa 18.

Sekian

Saturday, 4 January 2014

What did i got from Azman Taher?

'Oh, ada interview ah dari UTP untuk fast trek ni'
'Wah, apa syarat dia eh?'
'Calon mestilah mendapat kredit dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan percubaan SPM'

Pasti anda bersuka ria gembira dan angkuh sebaik sahaja mendapat tahu, yang anda sememangnya orang yang layak hadir untuk intebiu tu. Bak kata omputih the chosen one lah.

Tapi bila sampai je nak intebiu....

'aa...tu... i know.. speak a bit bit...'
'yeh, i love my femili.. until... when when....er..'

Dan 3-4 bulan selepas itu,

'Maaf, anda tidak berjaya mengagumkan para intebiuers hatta tidak melayakkan diri anda memasuki universiti berprestij ini.'

Bagaimanakah perkara sebegini boleh terjadi??
Hahahaha, maafkan saya kalau saya gelak, tapi saya tak tahannnmm xD
Tapi sememangnya ini adalah kerana anda tiada preparation dari awal bak kata org dedulu, where's your umberella, ella eh eh ella.
Tapi di sebalik kesinisan ini, sebenarnya, anda terlupa satu rahsia. Mungkin bukan sekadar lupa. Anda memang tidak tahu. Sebab apa? Sebab Azman Taher tak datang skewl kau la kot.

Jadi without further a due, mari saya sebarkan rahsianya. Rahsia ni semua orang boleh tahu tapi bukan semua orang dapat tahu. Macam resepi rahsia krabby patty dalam spongebob.

Baiklah, ini rahsianya.
V.I.T.A.M.I.N

V - Vision.
ataupun dikenali sebagai wawasan diri.
Sebagai manusia yang waras, wawasan diri penting dalam mengekalkan kemandiran intelektual. Pasang impian anda. Dont let away your dreams. Know what do you want, know what are you looking for, and know what will you find out later. Sebelum masuk bilik intebiu tu lu orang mesti ada vision and thus you MUST  have a mission!

I- Inspiration.
Kau memang kena ada inspirasi at least satu. And, macamana nak tau yang kau telah di-inspired? Hormon. Horman kau akan mengeluarkan.. satu tenaga positif yang padu. It gives the sense of enthusiasm and a lot of sifat mahmudah. If you dont have any one, you will be in fear. FEAR to try!
Bak kata omputih, 'u cannot have a rainbow without a little rain'. Inspirasi akan membina satu aspirasi. And, remeber, BE INSPIRED BY OPPURTUNITY!

T- Teamwork
You can't do everything by yourself. You just can't. In this case, kau kena ada inspirasi. Bila kau takde inspirasi kau akan takut. Dan takut menyebabkan kau bersendiri.  Get it?

A- Action
Cakap serupa bikin la der. Get it done!

M- Motivation
Foremost kau kena ada AIM. Tujuan sebenar. Getting the aim clearly. If u don't, please. STOP and THINK. Purpose of doing the things you do. All the good thing never need to be urged to make it done well. HAVE THE RIGHT REASON WHY ARE YOU DOING THIS! After all, God has giving us a new day, to build another better of us.

I- Innovation/Idea/Intelligent/Imagination// I BELIEVE I CAN!
Say this,
'I believe i can be the best, we will make our dreams come true, by above of all this a put a high believe for the Almighty that something happens for some reason.'

Last and least

N- No!
If you want to be sucessful plus transmitting the positive attitude, well janganla buat 3 mende alah ni.
1#NO EXCUSES!
2#NO COMPLAINTS!
3#NO BLAMING OTHERS 
Hey so they are, this is vitamin that rebuild you soul energy. After all if this dont work, thats mean, you need to try harder, 
dan jadi bijak sikit bila dah dapat ilmu ni.

Sekian toche.


Wednesday, 25 December 2013

The Bestest Of Future.

Dengarkanlah cinta 
Aku tidak lagi mahukau acah hati ini
Untuk menerima cinta sesuka hati
Macam gampang sial

When it comes about love.
I surrendered,
Cause the battle of love
Won't ended.

And listen to me, o dear love.
1 week won't be enough,
1 month won't be enough,
1 year won't be enough.
I've fallen in you for nothing
You would be nothing to me.

Yes, i'm denying things.
And it is not because i hate you.
 
But don't you feel the same way i felt?

'We'.. won't work

And I have no faith in it.

Sorry, this is the bestest way i think for our future.

#MohonClash

Monday, 16 December 2013

Bukan lagi kekadang #1

Rakyat memerlukan peraihan populariti dalam usaha mengaut rezeki. 
Dalam erti kata lain,
Pencapuban itu usaha meraih sokongan.
Ke arah pendapatan individu.
Jadi, capub dan teruslah mencapub kalau nak karya kau laku.

Sekian, jejejejejngg