Tuesday, 29 April 2014

Pengalaman temuduga Sarjana Muda Sains Seni Bina (AP243) di UiTM Lendu 2014

Salam readers.

Untuk entri kali ini penulis berasa teruja sikit, walaupun interview UiTM ni zaman pak kadok punya kan.

Okay, penulis memang dah jangka memang akan dapat kos ni. Jadi taklah teruja sangat masa dapat panggilan temuduga. Ya penulis tengah riak sekarang. Cuma terkejut bila dapat panggilan ke UPNM. Tpi banyak sangat prosedur so ceritanya tak pergilah interview tu kahkahkah

Okay basically ada dua ye DUA prosiding temuduga tu.

Ujian melukis.

Ujian ni senang je wak doyok.Yang susahnya bila kau datang lambat and nanti bebudak interview landskap pebende tuh yang patutnya ujian pukul 10 masuk dulu. Dahlah pihak pengurusan ni ubah bilik. So ALERT! ingat kos aok tu, AP243! Nasib baik ada pakcik guard baik hati bitau yang kos FSPU ni kena pi bilik bawah. Jadinya aku yang sepatutnya masuk bilik nak lukis benda sfera kuboid bagai tu kena masuk pukul 9, dah kena masuk pukul 10. Habis melukis pukul 11. Ha, jangan lupa bawak pensil pelbagai gred *2B wajib. Pemadam berkualiti, TISU! *shading guna teknik gosokan paling mudah yet CANTIK! , tak payah bwak barang LK sakai!, and last sekali PEN, melukis dengan hati kalau boleh bawak mp dengar lagu ambik feel masa lukis tu amboi.

Ujian lisan

Ujian ni menjadi mudah kalau kau datang awal dan tak tersilap bilik ye adik adik. Dia nak panggil nama random je. So tunggu jelah depan pintu bilik tu. Tak pun ambik kerusi, kau buat data 2 hinggit tu sambil tu baca artikel menarik ke, ws ke wc ke twitter ke baca artikel architercture tu ke. Apa apa je, sebab menunggu tu membuang masa. Multi-task lah, kita kan bakal arkitek. Eh? Hahaha

Cuma

1. Get to know yourself.
Kalau ada sijil sukan contohnya hoki. Ingat balik camne position dia bagai. Jangan jadi cam aku tetbe lupa aku position apa. Aku lupa yang aku ni pemain simpanan untuk Keeper. Betapa losernya aku. Aku pi cakap aku ni last men. Memanglah aku last men, but time latihan je adoyai. Dan dan interviewer tu pemain hoki jugak peh.
'Last man? Itu nama acah acah. Nama teknikal dia apa?' - Pn Noraini

2. This architecture thing is unexpectable.
Banyak betui artikel aku baca pasal arkitekture ni tapi masalahnya aku tak ingat apa bangunan tertinggi dunia wadefak! Burj Khalifa ye jawapan dia. Nasib baik aku tak taram fuhh secara jujurnya aku menggeleng kepala sambil senyum. Muka maintain lagi time tu nak kekalkan confidence wan aok.

Ish malas pulak aku nak senaraikan. Gini jelah kronologi dia.

Penulis (P): Assalamualaikum puan *angguk kepala, senyum, salam dan duduk *patutnya kena duduk bila diarahkan kahkah sukahati nenek akulah. 
Interviewer (I) : Waalaikumussalam ye, cik Amanina. *sangat ramah 
(P) : Ye saya puan. *ish ramah gila cikpuan interviewer ni doh. 
(I) : Ada sediakan salinan dokumen yang diperlukan? *senyum 
(P): Ni dia puan *asal tak speaking dengan aku cikpuan ni 
(I) : So Amanina........ *tengok result aku* .. Kenapa achitecture? 
(P) : .....aaa.*lupa skrip asal* Saya amat meminati bidang ini sejak kecil lagi dan saya yakin maasa depan karier saya dalam bidang arkitektur mampu membawa perubahan kepada MALAYSIA dalam bidang arkitekture ini, puan. *Ini dari hati. adoyai, apahal dia taknak speaking dengan aku ni.. dahla skrip aku semua english* 
(I) : Jadi kalau saya tukarkan kos cik Amanina ke kos lain bagaimana? 
(P) : Taknak...! *cb asal aku garang sangat ni* 
(I) : Amboi garangnya. Kenapa cik Amanina masih inginkan kos ini? 
(P) : Saya sendiri sudahpun menetapkan perancangan hala tuju masa depan jangka masa panjang dalam hidup saya. *masa ni aku gagap, sowhat?* 
(I) : Okay boleh ceritakan apa pelan jangka panjang awak? 
(P) : Sekiranya saya berpeluang mendapat kos ini, selama 4 tahun saya akan berusaha mendapatkan CGPA 3.75 ke atas dan meneruskan pengajian saya in Master of Architecture part 2 di Australia. *lepasni mesti dia tanya aku kenapa kat australia kehkehkeh.**gebang betul pointer 3.75 above lahanat betui* 
(I) : Ambil Master, bagus. Saya ada Master :) 
(P) : ..WAW.. * idola kuuuuu :* *   
(I) : Baik cik Amanina, tidur pukul berapa  
(P) : Tidur lambat puan. Paling lambat pukul 5 pagi. Biasa pukul 1-2 pagi. Pukul 12.59 paling awal. *Kahkah aku ni lawak orangnya**tolong jangan tanya aku bangun pukul berapa please cikpuan yang baik hati* 
(I) : Awak aaktif bersukan? 
(P) : Saya pernah mewakili negeri dalam sukan hoki.  
(I) : Saya pun main hoki. Awak main position apa? 
(P) : ........................................................................................................ last man. 
(I) : Last man? Itu nama acah acah. Nama teknikal dia apa? 
(P) : ........................................................................................................................... 
(I) : Full backward lah,  hahahaha 
(P) : Ha... *aku keeper simpanan, baru ingat!* *takkan nak cakap sekarang?* *cis cis cis* 
(I) : Baiklah Amanina, awak suka minum kopi? 
(P) : Favourite. White coffee. Minuman kegemaran masa di asrama dulu puan. 
(I) : Hm baiklah, kalau macamtu jangan lupa tegur saya masa kat perak nanti ye. 
(P) : *waderrrrfaaarrkk* 
(I) : Okay Amanina? 
(P) : Baik puan. Boleh saya tahu nama puan? 
(I) : Puan Noraini. 
(P) : Terima kasih puan Noraini

*keluar dengan senyuman
*semua orang pandang
sowhat?
nak mampus cepat? #Pantun 

jajajahahahjajahaja!

Cause im happy, clap along if you feel like a room without the roof



Tapi taktau ah tetibe aku tak dapat masuk kan. Dia acah acah je sebab aku banyak bergurau dengan dia.
p/s : Kerja kursus LK tak membantu pungs

1 comment:

  1. hahaha. Tahniah dipanggil ke temuduga tu. Aku nak tanya jika awak tahu bila dapat keputusan course ni dapat ke tak? Helppp :(

    ReplyDelete