Maka keluarlah result UPU, dan alhamdulillah aku bejaya dittempatkan di kampus Sri Iskandar Perak dengan jurusan senibina peringkat Sarjana Muda.
Alhamdulillah selepas ini mungkin entri entri blog ni aku berbau semangat pelajar archi yang add math dia kantoi masa spm. K.
Well honestly, aku tak kisah pun tak pi oversea. Like we're still 18 guys. And instead ada harapan nak pi UIA or UM i dont mind. Lepas aku bertelagah dengan mak ayah aku pasal tempat nak ke uni ni kualiti dia, aku cermin balik diri. Masa kat sekolah dulu pun aku hidup dalam persaingan. Semua tempat bersaing, kesengitan dia je berbeza. And uh well honestly aku tak suka bersaing terlalu sengit. Macam takda pedoman kengkadang. Aku pudarkan bakat yang tuhan amanahkan. Aku kejar pencapaian. Kesempurnaan. Yet, walaupun ia berguna untuk aku jadi lagi berdisiplin, aku sedar.. everyone ada limit.
Perlu ke menjadi yang terbaik? Kalau lah sistem pembelajaran kat malaysia kita samakan dengan haiwan sebagai pelajar.. ibarat siapa panjat pokok dia yang pandai then dapat anugerah blablabla, kau rasa ikan boleh panjat pokok ke?
......................................
Jadi apa nasib seekor ikan tu?
Sapa nak bela dia?
Jadi buatlah pilhan yang bijak. Kalau kita pandai berenang, buat apa nak masuk The Band Astro?
Kalau muka tak hensem boleh dapat awek lawa bro. Kalau result tak cantik, masa depan mana tau lagi cantik.
Orang kata rezeki tu kat memane. Tapi selagi ada hayat, cari mana rezeki tu menyorok. Tu hak kita. Tuhan dah kurniakan. Buat apa nak diamkan?
Jadi ke Perak ke kita. And tak sabar nak kenal ragam budaak archi yaw. Hidup baru lah ni Tapi yang ini.... nak daftar 1.September. Harini baru 11.Mei ......
Hahahaha so apa kata kita kerja dulu? Kan? Hehehe