Saturday, 7 December 2013

Inikah FREEDOM?

5 Disember 2013
3:30 Petang

'Baiklah masa dah tamat. Sila berhenti menjawab soalan. Pastikan kertas anda lengkap dengan maklumat, blablabla.....' - Pakcik Saadon yang paling berkaliber.
'... dah. Dah habis dah am. Dah habis dah.... ' hati aku membisik.
Aku toleh ke kanan. Amsyar tengah cek cek soalan. Aku pandang depan, Azmin goyang goyang kaki. Aku pandang belakang, Alina sengih. Aku pandang Mimi, aku pandang Peng, aku pandang Siti.
' Macam ni je ke life after school aku? Aku tak puas. Aku tak puas dengan apa yang aku dapat.'
 Sebaik aku bangun, dari kerusi hati aku luluh. Aku teringat, masa form 4  dedulu. Macamana budak lelaki dengan kuasa veto diorang, macamana geng geng aku selalu lambat solat asar... lepastu aku dah lupa dah. tapi bila naik form 5, betapa protective nye budak lelaki especially wan. Haha, aku teringat wan panggil budak form 3 suruh buat pole dance masa prep malam.

Masa kami diarahkan oleh saadon untuk melipat meja, aku teringat time kita orang ade sikit konflik pasal susunan meja kelas. Fazren lah mulut paling lancang. Sakit hati betul.

Masa nak susun kerusi, aku teringat bebudak ni sambut birthday aku dengan tepung. Tak guna betei. Putih semalaman. Haha.

Lepastu aku nampak Alina. Kita orang senyap je dan menghala ke luar dewan. Aku nampak cikgu TK aku, Cikgu Ira. Ira Irniyati Binti Ibrahim. Sumpah, aku takkan lupakan jasa baik dia. Aku tak mampu nak buat apa apa dah selain senyum. Dalam jiwa aku perit. Kalau boleh aku nak berenang renang dalam padang sekolah yang tenggelam dek bah dengan air mata yang cakap, aku tak bersedia nak keluar sekolah!  

Yes, aku sayang sekolah. Kali ni real. Aku tak bersedia nak jadi matang. How's life out there? Solat aku cukup ke nanti? Kawan aku okay ke nanti? Aku ni perosak bangsa ke kelak? Ni ke FREEDOM yang bebudak ni nak? Kenapa perit sangat rasa dia? Why begitu celaka?

Oh shit moment. Balik hostel, Siti dah kena bla. Satu satu kotak dia bawak keluar. And ofkos, dia bagi kita orang menangis. Time kereta dia meluncur laju, tinggalkan aku sensorang aku rasa kehilangan. Bila lagi aku nak jumpa orang macam dia?


Aku rasa aku tak sanggup lagi nak sambung.

No comments:

Post a Comment